Monday, June 8, 2009
Barcelona, Spain 2009
Perjalanan pulang dari Barcelona ke KL. Satu percutiaan yang memberi seribu makna dalam hidup bersama suami tersayang.
Indahnya Alam Ciptaan Tuhan
DI BAYU DIVE LODGE; PULAU PERHENTIAAN
Jun 5 hingga Jun 7 2009, satu percutiaan yang indah di Pulau Perhentian. Walaupun mengambil masa selama hampir 5 jam perjalan daripada Bandar baru Bangi ke Jeti Pulau, namun kepenatan tadi berbayar dengan kejernihan air laut yang membiru dan keindahan yang terdampar di pandangan.
Berada di Pulau Perhentian pastia akan dapat melupakan kesibukan kerja apabila percutiaan ini disulami dengan aktiviti menyelam [diving] di lautan. Kalau tidak berani atau tidak mahir menyelam , aktiviti snokeling sudah memadai menceriakan jiwa dan mengkagumi keindahan yang ada di dasar laut.
Keindahan anugerah Tuhan ini Maha hebat. Kejernihan airnya meruntun-runtun jiwa untuk turun menikmati keindahandi dalamnya. Penerokaan ke dalam laut dengan keunikan rupa bentuk coral dan pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni menjadikan kita leka dan lupa bahawa kita berada di dalam laut. JOm... kita menyelam. Nanti akan dapat melihat lebih banyak lagi kehebatan ciptaan Tuhan.
Anda yang berminat bolehlah hubungi e-mel : divemasters@alualudivers.com
website:www.alualudivers.com
website:www.alualudivers.com
phone number: 6096911656
Wednesday, March 25, 2009
Beijing 2007
Di sebuah pusat pembikinan kain sutera terkenal di China. Ulat-ulat sutera di sini menghasilkan sutera yang bermutu tinggi. Sehelai cadar yang lembut lagi halus mempunyai nilai yang tinggi yang sering digunakan pada musim panas oleh golongan bangsawan. Cadar yang pelbagai kategori dijual dan yang terbaik dijual sehingga ribuan ringgit. Sekiranya ada lebihan wang mahu juga membeli kerana tertarik dengan reka bentuknya yang menawan. Tapi ingat 100% sutera tidak digalakkan kita memakainya. Satu pembaziran....
Tuesday, March 17, 2009
Dr KL ke Frankfurt 24 Feb 2009 [malam]
Bercuti ke Barcelona: Transit di Frankfurt. Dari KL 11.00 malam, tiba di Frankfurt jam 6.00 pagi. Satu perjalanan yang amat menyeronokkan. tak disangka dalam usia sebegini Allah memberi rezeki untuk melihat alam ciptaan-Nya yang indah dan amat mengkagumkan. Syukur atas nikmat-Nya dan rezeki daripada Nya.
Perjalanan ke Barcelona dan melawat di Rambla, sebuah perlabuhan yang sibuk pada satu ketika dahulu dengan kapal-kapal dagang.
Ramai pelancong yang berkunjung ke sini untuk menikmati keindahan pelabuhan ini. Pantainya yang indah juga menjadi tarikan pelancong untuk beristirahat.
Selain indah pemandangan, kawasan ini cukup jagaan kebersihannya dan pengangkutan hip hop sentiasa ada untuk membawa para pelancong ke destinasi yang ingin dituju.

great holiday09
Perjalanan yang jauh walaupun memenatkan tetapi terasa akan keseronokannya. Ke Beijing, Bandung, London, Paris, Spain, Germany dan akan disusuli ke tempat yang wajib diziarahi.... Mekah dan Madinah.
Usia yang panjang banyak perkara yang boleh dilhat dan dirasa.
Bukan sahaja melihat keindahan negara orang tetapi juga melihat kekuatan diri dan teman.
Kadangkala terfikir bahawa diri yang sihat ini perlu berfikir lagi dan lagi . Tapi perlu berfikir kerana kekuatan akal masih ada dan untuk terus hidup kita wajar berfikir.
My dear friends, lihatlah aoa yang terjadi pada diri kita, diri anak-anak dan suami kita. Pada rakan dan saudara kita di luar sana. Macam-macam terjadi yang tidak akan mendiamkan akal kita untuk terus berfikir.

Subscribe to:
Posts (Atom)