Powered By Blogger

Monday, June 8, 2009

Barcelona, Spain 2009

Perjalanan pulang dari Barcelona ke KL. Satu percutiaan yang memberi seribu makna dalam hidup bersama suami tersayang.
Posted by Picasa

Indahnya Alam Ciptaan Tuhan



SNOKELING YANG MENGASYIKKAN

DI BAYU DIVE LODGE; PULAU PERHENTIAAN




Jun 5 hingga Jun 7 2009, satu percutiaan yang indah di Pulau Perhentian. Walaupun mengambil masa selama hampir 5 jam perjalan daripada Bandar baru Bangi ke Jeti Pulau, namun kepenatan tadi berbayar dengan kejernihan air laut yang membiru dan keindahan yang terdampar di pandangan.


Pulau Perhentian umpama syurga dunia yang indah untuk berhenti seketika sebagai wadah merehatkan minda di samping mengeratkan lagi hubungan dengan pasangan yang sama-sama sibuk dengan kerjaya.












Berada di Pulau Perhentian pastia akan dapat melupakan kesibukan kerja apabila percutiaan ini disulami dengan aktiviti menyelam [diving] di lautan. Kalau tidak berani atau tidak mahir menyelam , aktiviti snokeling sudah memadai menceriakan jiwa dan mengkagumi keindahan yang ada di dasar laut.

Keindahan anugerah Tuhan ini Maha hebat. Kejernihan airnya meruntun-runtun jiwa untuk turun menikmati keindahandi dalamnya. Penerokaan ke dalam laut dengan keunikan rupa bentuk coral dan pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni menjadikan kita leka dan lupa bahawa kita berada di dalam laut. JOm... kita menyelam. Nanti akan dapat melihat lebih banyak lagi kehebatan ciptaan Tuhan.
Anda yang berminat bolehlah hubungi e-mel : divemasters@alualudivers.com
website:www.alualudivers.com
phone number: 6096911656