Powered By Blogger

Friday, August 5, 2011

Penulisan : Kertas 1 1103/1- apa yang akan disoal ye?

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kian menguasai kehidupan manusia kini. Ada yang bijak menggunakannya hingga memberi kesenangan dalam urusan harian, namun yang kurang bijak membawa kepada kelalaian yang membawa kerosakan diri.

Di sini , elok kita melihat dahulu kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi antaranya:

* dapat melahirkan insan/ masyarakat yang berilmu ( masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan. Dengan ilmu insan mampu berfikir dengan bijaksana dalam mengendalikan kehidupan. Masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik, jiwa akan menjadi tenang dan kita akan disenangi orang sekeliling.

Selain itu, insan yang berilmu mampu memberi pendapat dan tunjuk ajar kepada orang lain yang dapat membina masyarakat yang makmur.

* mampu memperoleh maklumat dengan cepat, mudah dan murah sama ada dari dalam negeri mahupun dari luar negara. Klik sahaja papan kekunci semua maklumat di hujung jari.
Maklumat yang dirujuk boleh diguna pakai kerana bersumberkan daripada laman sesawang yang berautoriti.

* merapatkan hubungan sesama insan. Kemudahan internet yang dilengkapi dengan e-mel, twitter dll. memudahkan komunikasi dua hala. Khabar berita keluarga dan sahabat handai dapat diketahui dengan segera di samping menggunakan internet untuk jemputan.

* Sebagai wahana atau tapak perniagaan. Ramai antara rakan kita di luar sana menggunakan laman muka, blog dan laman sesawang untuk urusan perniagaan. Perniagaan yang dijalankan tidak terhad di dalam negara malah di serata dunia. Pakaian, kuih-muih, alat kosmetik , pinggan mangkuk dan alat -alat eletronik boleh dibeli melalui internet. Perniagaan hartanah dan saham juga boleh dilakukan hanya mengklik papan kekunci.

Inilah manfaat daripada kemajuan teknologi maklumat. Walaupun pembikinannya memerlukan kos yang tinggi dan harga sebuah komputer termasuk perbelanjaan bulanan sewaan internet agak mahal tetapi kita berpegang kepada ungkapan 'alah membeli menang memakai'. Kepantasan dalam sistem teknologi maklumat dan komunikasi dalam memberikan perkhidmatan dalam urusan seharian menjadikan harga sebuah komputer bersama rangkaian internet sangat murah dan setimpal dengan keperluan dalam hidup yang serba canggih.

* menjadi wahana yang berguna dalam institusi pendidikan. Pengajaran berbantukan komputer menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan dan lebih berkesan. Guru mudah menyediakan bahan bantu belajar dan murid pula mudah menyediakan tugasan kerana bahan rujukan ada di hujung jari. Paparan grafik dengan animasi yang menarik boleh dibina untuk menyampaikan pengajaran.

Inilah antara kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi.

Perhatian:

Bagi menjadikan penulisan menarik dan berkesan, pelajar dicadangkan untuk memberikan huraian dengan contoh yang sesuai dan menyatakan kesan kepada kehidupan masyarakat untuk setiap faedah/ kepentingan yang dinyatakan.

Setiap isi dibincangkan dalan perenggan yang berasingan dan diakhiri dengan rumusan kecil.

Semasa memulakan perenggan baru, pelajar harus menyentuh perkara pokok yang telah dibincangkan supaya ada kejelekitan antara perenggan.

[cg akan memberikan contoh penulisan yang baik sebagai rujukan]






Bulan peperiksaan

Semua pelajar terutama calon PMR dan SPM 2011 sedang memikirkan peperiksaan yang akan diduduki pada bulan Oktober dan November nanti. Susunan jadual belajar, analisis soalan dan latih tubi menjadi salah satu agenda dalam minda setiap pelajar. "Huhh.. ! banyaknya subjek yang hendak di telaah. Sasaran ETR pula semua subjek A+... inilah idaman dan mimpi seorang pelajar.

"Teruskan usaha dan belajarlah bersungguh-sungguh" pesanan yang tidak pernah kering daripada mulut ibu bapa dan para guru, tanpa memikirkan kepayahan yang ditanggung oleh seorang pelajar. Pelajar Malaysia memang hebat dalam masa singkat berbanding bilangan mata pelajaran yang perlu dipelajari dan diulangkaji ramai yang mendapat gred A dalam semua subjek tidak kurang yang mendapat semua A+.

Inilah maklumat daripada akhbar harian Malaysia yang menyiarkan keputusan SPM 2010:

PUTRAJAYA: Seramai 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencatatkan gred keputusan cemerlang dengan mendapat semua A bagi setiap mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu.

Keputusan tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 1,252 orang calon berbanding 7,987 pelajar pada tahun 2009.
Ia diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abdul Ghafar Mahmud semasa mengumumkan analisis keputusan SPM di Kementerian Pelajaran di sini, Rabu.
Beliau berkata keputusan tersebut merupakan keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun.
Daripada jumlah tersebut, seramai 363 calon berjaya mendapat A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 214 calon pada 2009.

Sebagai tanda penghargaan satu majlis akan diadakan seperti yang disebutkan di bawah:
"Semua pihak yang terlibat khususnya para pentadbir dan guru-guru sekolah berjaya memainkan peranan masing-masing dengan efektif dan efisien hingga dapat melahirkan pelajar yang berupaya mencapai kecemerlangan akademik," katanya.
Ditanya mengenai senarai nama pelajar dan sekolah yang mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010, Abdul Ghafar berkata satu majlis khas akan diadakan di Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jalan Duta Kuala Lumpur pada 1 April ini.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka merasmikan majlis berkenaan.

Inilah pengorbanan guru yang sentiasa mengajar dengan ikhlas dan bervisi. Walaupun majlis penghargaan ini tidak menjemput semua guru di Malaysia yang telah berbakti namun ketahuilah para guru, setiap tenaga yang dikerah dan disumbangkan akan menerima ganjaran daripada Tuhan / Allah yang Maha Agung lagi Bijaksana. Bagi yang bukan muslim jasamu tetap akan dikenang oleh anak-anak didikmu.

P

Friday, July 29, 2011

Kita sama-sama belajar


Semangat patriotik anak-anak remaja hari ini kian luntur namun keadaan ini tidak boleh dipandang ringan. Masalah ini telah mendapat perhatian daripada Jabatan Perdana Menteri dan satu kertas kerja telah ditulis oleh ;

Encik Mohamed Norazman bin Md Ariffin, Pengarah Cawangan Organisasi Awam, Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri)

Beliau dalam penulisannya mendapati bahawa...

. Walaupun kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi semangat ini semakin menurun.Ini dibuktikan dengan kurangnya sambutan dalam kalangan rakyat untuk menyahut kempen pengibaran Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan.

Wujudnya segelintir rakyat Malaysia yang tidak ada kesedaran mengenai semangat kesetiaan dan kecintaan terhadap negaranya sendiri disebabkan oleh kejahilan mereka dan buta sejarah. Golongan ini tidak mengenali tokoh-tokoh pejuang Negara seperti Mat Kilau, Dato Bahaman, Leftenan Adnan, Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Tan Siew Sin, Tun VT Sambathan di samping menyelami pengorbanan angkatan bersenjata mempertahankan Negara seperti dalam insiden Bukit Kepong tahun 1949.

Lebih menyedihkan lagi seorang pelajar Malaysia di Taiwan bernama Wee Meng Chee telah mengubah dan menyanyikan lagu NegaraKuKu yang dipetik dari lagu kebangsaan Negara.Lagu NegaraKu telah menghina agama, dasar kerajaan dan birokrasi seperti yang dikatakan oleh YB. Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri : -

Melbourne Australia 2011

Melancong memang kegemaran , lagi jauh berjalan lagi banyaklah pengalaman. Pengalaman yang dilalui bukan sekadar untuk melepaskan lelah setelah penat bekerja tetapi yang sebenarnya rasa seronok melihat ciptaan Allah. Keindahan setiap negara yang dijelajah jelas membuktikan Allah Maha Pencipta.

Berbalik kisah di Melbourne, sebuah tempat bukannya tanah dihuni kaum Muslim, hal ini pasti menggusarkan pelancong yang baru menjejakkan kaki di sini terutama untuk mencari makanan halal. Bagi saya dan suami perkara ini tidak pernah menjadi masalah sebab kami tidak mencari nasi untuk mengalas perut, cukup dengan roti dan susu dan disulami buah-buahan yang segar sudah cukup memberi tenaga dan kepuasan untuk meneruskan perjalanan.

Selain itu, sebelum melancong ke sesebuah negara, kami akan menelaah situasi tempat yang dituju, selain mengenal pasti kemudahan tempat tinggal, kami juga akan mengenal pasti gerai halal yang terdapat di tempat tersebut. Di Melbourne terdapat ramai pelajar Malaysia daripada pelbagai bangsa, dan ada antara rakyat Malaysia sudah bermastautin di sini dan membuka gerai makan, tidak ketinggalan warga Indonesia yang suka merantau. Maka dengan demikian terdapatlah gerai Minang/ Nasi Padang, gerai Norsiah dan pelbagai lagi gerai halal yang diusahakan oleh anak-anak Melayu dan Indonesia. Dingatkan bahawa tulisan Melayu/ Indonesia di papan-papan tanda gerai makan tidak semestinya halal. Jadi harus berhati-hati kerana gerai makan ada antaranya diusahakan oleh warga Indonesia bukan muslim ( China Indonesia) contohnya restoran Nelayan. Selamat bercuti dan melancong.

Indahnya sebuah kehidupan


Hidup tak selalunya indah tetapi yang indah itu selalunya hidup dalam kenangan.

Hidup penuh cabaran sebagai ujian Allah bagi menentukan keimanan seseorang. Maka bersedialah dengan ujian Allah, redha dan sabarlah walaupun pahit dan menyakitkan. Bagimorang yang berfikir cabaran dan ujian itulah yang membawa pengajaran dan menghidupkan kehidupan kita.

Manakala yang indah itu datang dan pergi sebagai pengubat hati, sekurang-kurangnya hati terasa keberadaan di dunia ini dan akan berusaha untuk terus hidup dengan harapan yang indah tadi singgah semula menjadi penghibur hati yang luka.

Friend