Powered By Blogger

Sunday, April 17, 2011

KE BAITULLAH 30 OKTOBER 2010


Keinginan yang tinggi untuk berkunjung ke rumah Allah sudah lama dan pernah berjanji dalam diri untuk berziarah pada usia sebelum 40 tahun. Waktu sihat dan bertenaga namun keadaan tidak mengizinkan kerana alasannya anak masih kecil dan tabungan belum mencukupi. Gaji kecil dan hati rasa kecil maka niat ditangguhkan.

Hari demi hari masa yang pantas bergerak dan telah menyedari usia telah setengah abad niat dan hajat belum terlaksana sedangkan rukun ini sudah menjadi wajib untuk dilaksanakan. Wang yang cukup sudah menunjukkan kemampaun dan keawajipan ini kalau tidak diltunaikan dan sekiranya nyawa ini dipisahkan dari jasad maka hukumnya berdosa.

Lantas pendaftaran dibuat dan kursus haji diikuti dengan harapan nama akan tersenarai untuk menunaikan haji. Hanya kurang setahun dan tidak lebih 10 kali perjumpaan berkursus pihak Tabung Haji mengesahkan penerimaan sebagai bakal haji 2010 pada 30 Oktober 2010 bersama Pakej Haji Rayhar yang diketuai Tuan Haji Ustaz Mohd Fakiri b Hj Hassan.

Persiapan demi persiapan dilakukan yang berakhir dengan Kursus Perdana di Masjid Shah Alam. Kami akan bersama KT 76 daripada KLIA terus ke Jeddah dan akan terus masuk Ke Mekah mukarramah dengan haji tamatuk.

Maka kami dari Malaysia memakai pakaian ihram dan dalam masa 12 jam perjalanan kami sampai di Jeddah berehat sebentar untuk ke Mekah. Pada pukul 12.30 tengah hari azan zohor berkumdang dan selepas solat kami terus bergerak ke Mekah.

2 comments:

  1. Hati berbaur suka dan rasa gentar kerana terlalu sedar akan diri yang amat hina dan berasa kotor untuk menjejakkan kaki di rumah Allah yang Maha Agung. Ya Allah hanya kepada-Mu aku dan suami memohon rahmat dan keampunan.

    ReplyDelete
  2. Keluarha Haji Badusah Abbas:

    Sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Alhamdulillah muga semua yang ada diberikan hidayah dan dirahmati Allah. Amin.

    ReplyDelete