Powered By Blogger

Friday, August 5, 2011

Bulan peperiksaan

Semua pelajar terutama calon PMR dan SPM 2011 sedang memikirkan peperiksaan yang akan diduduki pada bulan Oktober dan November nanti. Susunan jadual belajar, analisis soalan dan latih tubi menjadi salah satu agenda dalam minda setiap pelajar. "Huhh.. ! banyaknya subjek yang hendak di telaah. Sasaran ETR pula semua subjek A+... inilah idaman dan mimpi seorang pelajar.

"Teruskan usaha dan belajarlah bersungguh-sungguh" pesanan yang tidak pernah kering daripada mulut ibu bapa dan para guru, tanpa memikirkan kepayahan yang ditanggung oleh seorang pelajar. Pelajar Malaysia memang hebat dalam masa singkat berbanding bilangan mata pelajaran yang perlu dipelajari dan diulangkaji ramai yang mendapat gred A dalam semua subjek tidak kurang yang mendapat semua A+.

Inilah maklumat daripada akhbar harian Malaysia yang menyiarkan keputusan SPM 2010:

PUTRAJAYA: Seramai 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencatatkan gred keputusan cemerlang dengan mendapat semua A bagi setiap mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu.

Keputusan tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 1,252 orang calon berbanding 7,987 pelajar pada tahun 2009.
Ia diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abdul Ghafar Mahmud semasa mengumumkan analisis keputusan SPM di Kementerian Pelajaran di sini, Rabu.
Beliau berkata keputusan tersebut merupakan keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun.
Daripada jumlah tersebut, seramai 363 calon berjaya mendapat A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 214 calon pada 2009.

Sebagai tanda penghargaan satu majlis akan diadakan seperti yang disebutkan di bawah:
"Semua pihak yang terlibat khususnya para pentadbir dan guru-guru sekolah berjaya memainkan peranan masing-masing dengan efektif dan efisien hingga dapat melahirkan pelajar yang berupaya mencapai kecemerlangan akademik," katanya.
Ditanya mengenai senarai nama pelajar dan sekolah yang mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010, Abdul Ghafar berkata satu majlis khas akan diadakan di Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jalan Duta Kuala Lumpur pada 1 April ini.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka merasmikan majlis berkenaan.

Inilah pengorbanan guru yang sentiasa mengajar dengan ikhlas dan bervisi. Walaupun majlis penghargaan ini tidak menjemput semua guru di Malaysia yang telah berbakti namun ketahuilah para guru, setiap tenaga yang dikerah dan disumbangkan akan menerima ganjaran daripada Tuhan / Allah yang Maha Agung lagi Bijaksana. Bagi yang bukan muslim jasamu tetap akan dikenang oleh anak-anak didikmu.

P

No comments:

Post a Comment