Powered By Blogger

Friday, August 5, 2011

Penulisan : Kertas 1 1103/1- apa yang akan disoal ye?

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kian menguasai kehidupan manusia kini. Ada yang bijak menggunakannya hingga memberi kesenangan dalam urusan harian, namun yang kurang bijak membawa kepada kelalaian yang membawa kerosakan diri.

Di sini , elok kita melihat dahulu kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi antaranya:

* dapat melahirkan insan/ masyarakat yang berilmu ( masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan. Dengan ilmu insan mampu berfikir dengan bijaksana dalam mengendalikan kehidupan. Masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik, jiwa akan menjadi tenang dan kita akan disenangi orang sekeliling.

Selain itu, insan yang berilmu mampu memberi pendapat dan tunjuk ajar kepada orang lain yang dapat membina masyarakat yang makmur.

* mampu memperoleh maklumat dengan cepat, mudah dan murah sama ada dari dalam negeri mahupun dari luar negara. Klik sahaja papan kekunci semua maklumat di hujung jari.
Maklumat yang dirujuk boleh diguna pakai kerana bersumberkan daripada laman sesawang yang berautoriti.

* merapatkan hubungan sesama insan. Kemudahan internet yang dilengkapi dengan e-mel, twitter dll. memudahkan komunikasi dua hala. Khabar berita keluarga dan sahabat handai dapat diketahui dengan segera di samping menggunakan internet untuk jemputan.

* Sebagai wahana atau tapak perniagaan. Ramai antara rakan kita di luar sana menggunakan laman muka, blog dan laman sesawang untuk urusan perniagaan. Perniagaan yang dijalankan tidak terhad di dalam negara malah di serata dunia. Pakaian, kuih-muih, alat kosmetik , pinggan mangkuk dan alat -alat eletronik boleh dibeli melalui internet. Perniagaan hartanah dan saham juga boleh dilakukan hanya mengklik papan kekunci.

Inilah manfaat daripada kemajuan teknologi maklumat. Walaupun pembikinannya memerlukan kos yang tinggi dan harga sebuah komputer termasuk perbelanjaan bulanan sewaan internet agak mahal tetapi kita berpegang kepada ungkapan 'alah membeli menang memakai'. Kepantasan dalam sistem teknologi maklumat dan komunikasi dalam memberikan perkhidmatan dalam urusan seharian menjadikan harga sebuah komputer bersama rangkaian internet sangat murah dan setimpal dengan keperluan dalam hidup yang serba canggih.

* menjadi wahana yang berguna dalam institusi pendidikan. Pengajaran berbantukan komputer menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan dan lebih berkesan. Guru mudah menyediakan bahan bantu belajar dan murid pula mudah menyediakan tugasan kerana bahan rujukan ada di hujung jari. Paparan grafik dengan animasi yang menarik boleh dibina untuk menyampaikan pengajaran.

Inilah antara kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi.

Perhatian:

Bagi menjadikan penulisan menarik dan berkesan, pelajar dicadangkan untuk memberikan huraian dengan contoh yang sesuai dan menyatakan kesan kepada kehidupan masyarakat untuk setiap faedah/ kepentingan yang dinyatakan.

Setiap isi dibincangkan dalan perenggan yang berasingan dan diakhiri dengan rumusan kecil.

Semasa memulakan perenggan baru, pelajar harus menyentuh perkara pokok yang telah dibincangkan supaya ada kejelekitan antara perenggan.

[cg akan memberikan contoh penulisan yang baik sebagai rujukan]






1 comment:

  1. Penggunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
    memang banyak membantu dalam membuat rujukan tentang isu-isu tertentu. Rangkaian internet yang menyediakan laman sembang seperti muka buku (facebook), skype, twitter boleh dijadikan hub perbincangan antara guru dan murid atau antara guru dan guru dalam hal pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih ICT.

    ReplyDelete