Powered By Blogger

Monday, June 8, 2009

Barcelona, Spain 2009

Perjalanan pulang dari Barcelona ke KL. Satu percutiaan yang memberi seribu makna dalam hidup bersama suami tersayang.
Posted by Picasa

Indahnya Alam Ciptaan Tuhan



SNOKELING YANG MENGASYIKKAN

DI BAYU DIVE LODGE; PULAU PERHENTIAAN




Jun 5 hingga Jun 7 2009, satu percutiaan yang indah di Pulau Perhentian. Walaupun mengambil masa selama hampir 5 jam perjalan daripada Bandar baru Bangi ke Jeti Pulau, namun kepenatan tadi berbayar dengan kejernihan air laut yang membiru dan keindahan yang terdampar di pandangan.


Pulau Perhentian umpama syurga dunia yang indah untuk berhenti seketika sebagai wadah merehatkan minda di samping mengeratkan lagi hubungan dengan pasangan yang sama-sama sibuk dengan kerjaya.












Berada di Pulau Perhentian pastia akan dapat melupakan kesibukan kerja apabila percutiaan ini disulami dengan aktiviti menyelam [diving] di lautan. Kalau tidak berani atau tidak mahir menyelam , aktiviti snokeling sudah memadai menceriakan jiwa dan mengkagumi keindahan yang ada di dasar laut.

Keindahan anugerah Tuhan ini Maha hebat. Kejernihan airnya meruntun-runtun jiwa untuk turun menikmati keindahandi dalamnya. Penerokaan ke dalam laut dengan keunikan rupa bentuk coral dan pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni menjadikan kita leka dan lupa bahawa kita berada di dalam laut. JOm... kita menyelam. Nanti akan dapat melihat lebih banyak lagi kehebatan ciptaan Tuhan.
Anda yang berminat bolehlah hubungi e-mel : divemasters@alualudivers.com
website:www.alualudivers.com
phone number: 6096911656










Wednesday, March 25, 2009

Beijing 2007

Posted by PicasaTrips ke Beijing pada tahun 2007 bersama suami dan krew budaya UKM. Kami di sebuah tempat yang indah bernama Summer Palace, sebuah tasik yang luas buatan manusia untuk seorang permaisuri berehat dengan kerahan tenaga manusia.

Beijing 2007

Di sebuah pusat pembikinan kain sutera terkenal di China. Ulat-ulat sutera Posted by Picasadi sini menghasilkan sutera yang bermutu tinggi. Sehelai cadar yang lembut lagi halus mempunyai nilai yang tinggi yang sering digunakan pada musim panas oleh golongan bangsawan. Cadar yang pelbagai kategori dijual dan yang terbaik dijual sehingga ribuan ringgit. Sekiranya ada lebihan wang mahu juga membeli kerana tertarik dengan reka bentuknya yang menawan. Tapi ingat 100% sutera tidak digalakkan kita memakainya. Satu pembaziran....