Powered By Blogger

Wednesday, July 13, 2011

Kecantikan diri dan berhias

Suami insan makhluk Allah yang suka akan kecantikan terutama kepada wanita yang dipilih sebagai isteri. Pada pendapat umum semua lelaki akan memilih wanita yang cantik sebagai calon isteri , begitu juga wanita, sentiasa mencari lelaki tampan untuk dijadikan teman hidup. Apakah betul penyataan ini. realitinya kalau diamati dan sekiranya kita perhatikan di sekeliling kita apakah perkara sedemikian benar-benar terjadi.

Kecantikan itu sebenarnya terlalu subjektif, terdapat banyak wanita cantik menjadi andartu, terdapat wanita cantik menjadi janda akibat perceraian, terdapat wanita cantik digantung tak bertali oleh suami dan terdapat wanita cantik diduakan oleh suaminya.

Bersyukurkah kepada Allah rumah tangga kita kekal dan aman bahagia. Walaupun wajah tidak seayu dan secantik artis atau model dan suami tidak setampan Sharukh Khan atau Brait Pitt. Apa yang diperkatakan tentang cantik itu subjektif harus difahami. Tidak semua suami melihat kecantikan itu pada wajah yang disolek dengan kosmetik mahal atau berkerjaya tinggi tetapi mereka banyak melihat daripada keikhlasan seorang wanita apabila menjadi isterinya.

Perkara yang penting dalam hidup berumah tangga ialah sedia menerima suami seadanya. Redha dengan apa yang ada pada suami, tidak meminta-minta berlebih-lebihan apatah lagi membuat banding beza dengan suami jiran atau suami rakan-rakan. Selain tidak menjatuhkan air mukanya di depan keluarga mahupun teman-teman.

Pengalaman 28 tahun berumahtangga memberi banyak pengalaman tentang keinginan seorang lelaki. Walaupun wajah tak jelita tetapi wajah yang Allah kurniakan mesti dijaga agar senang mata suami memandang. Penjagaan wajah (muka) tidak semestinya dengan mendesak suami membeli barangan kosmetik yang berjenama tetapi cukup dengan bahan yang ada di dapur dan di sekeliling laman rumah. Antaranya telur ayam dan limau nipis/kesturi yang dibancuh dan dioles ke wajah sebagai skrap.

Selain cara di atas untuk menegangkan wajah muka, nenek selalu berpesan bangun seawal pagi sebelum subuh. Mandi dengan air sejuk untuk menyegarkan badan dan akan menjauhkan penyakit kulit. Sebelum menggosok gigi, minumlah segelas air untuk melawaskan perut dan sekali lagi menyegarkan wajah muka.

Kalau rajin, rendam beras untuk beberapa bulan tetapi airnya diganti sekurang-kurangnya seminggu sekali selama tidak kurang 3 bulan ( sehingga beras betul-betul hancur). Beras hancur inilah akhirnya menjadi bedak sejuk dan ditepuk-tepukkan ke muka sama ada waktu pagi atau pada waktu malam sebelum tidur. Amalan memakai bedak ini menjadikan kulit muka menjadi halus dan mulus dan insyaAllah muka tidak akan ditumbuhi jerawat.

Sebenarnya terlalu banyak kaedah boleh dilakukan untuk mencantikkan wajah dengan cara yang murah dan mudah. Apapun pesanan orang tua dan daripada saya sendiri, berhiaslah untuk suami. Kegemaran seorang wanita untuk berhias diri itu sepatutnya untuk suami. Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami. Tujuan berhias ketika di rumah agar suami berasa terhibur. Berhias cantik dan berpakaian bersih ketika menyambut suami pulang akan menjadi penawar bagi suami.

Bagaimana pula dengan isteri yang bekerjaya, kesibukan bekerja dengan beban kerja yang banyak dan kadangkala balik lewat daripada suami... bagimana kaedah terbaik untuk melayan suami apabila keadaan isteri sebegini..... kita akan cari jawapannya bersama. Silalah komen.


Tuesday, July 12, 2011

Sentiasa cantik

Petua Kecantikan Muka

Petua Kecantikan Muka

Berehat seketika

Dapatan daripada Universiti Queenland bahawa berehat seketika untuk beberapa minit setelah beberapa lama melakukan kerja akan memulihkan mood dan kesihatan anda. Kajian daripada Universiti ini juga mendapati mereka yang kerap berehat dengan bangun seketika setelah lama duduk akan memiliki pinggul yang cantik berbanding mereka yang duduk terlalu lama tanpa bangun daripada kerusinya.

Di sini diingatkan juga, anda digalakkan duduk di atas kerusi yang sesuai dengan keadaan anda. Pilihlah kerusi yang sesuai sekiranya anda ingin melakukan kerja-kerja penulisan , untuk menaip, atau untuk membaca, berbeza dengan kerusi sekiranya anda ingin menonton tv atau ingin menjamu selera.

Me STORY Me LOVE Me ADVENTURE ~ Islam way of life: Pesan Orang Tua-tua~ Perkahwinan

Me STORY Me LOVE Me ADVENTURE ~ Islam way of life: Pesan Orang Tua-tua~ Perkahwinan: "Pada yang belum berkahwin, simpan nasihat ni baik-baik kerana insyaAllah one day bila sudah jadi isteri tahu le apa yang patut di buat dan..."

Sunday, April 17, 2011

Di Jeddah 31 Oktober 2010 Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz (KAIA)



Sesampai di Jeddah kami di bawa ke ruang menunggu. Solat zohor jam 12.30 tengah hari dan kemudian berlepas ke Mekah dengan menaiki bas yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi. Sebelum bergerak kami dibekalkan dengan nasi briani arab, buah beserta air zam-zam. Perjalanan kami lancar dan selamat sampai di Mekah lebih kurang jam 6.00 petang. kami di bawa ke HOTEL Holidays dan berehat.

KE BAITULLAH 30 OKTOBER 2010


Keinginan yang tinggi untuk berkunjung ke rumah Allah sudah lama dan pernah berjanji dalam diri untuk berziarah pada usia sebelum 40 tahun. Waktu sihat dan bertenaga namun keadaan tidak mengizinkan kerana alasannya anak masih kecil dan tabungan belum mencukupi. Gaji kecil dan hati rasa kecil maka niat ditangguhkan.

Hari demi hari masa yang pantas bergerak dan telah menyedari usia telah setengah abad niat dan hajat belum terlaksana sedangkan rukun ini sudah menjadi wajib untuk dilaksanakan. Wang yang cukup sudah menunjukkan kemampaun dan keawajipan ini kalau tidak diltunaikan dan sekiranya nyawa ini dipisahkan dari jasad maka hukumnya berdosa.

Lantas pendaftaran dibuat dan kursus haji diikuti dengan harapan nama akan tersenarai untuk menunaikan haji. Hanya kurang setahun dan tidak lebih 10 kali perjumpaan berkursus pihak Tabung Haji mengesahkan penerimaan sebagai bakal haji 2010 pada 30 Oktober 2010 bersama Pakej Haji Rayhar yang diketuai Tuan Haji Ustaz Mohd Fakiri b Hj Hassan.

Persiapan demi persiapan dilakukan yang berakhir dengan Kursus Perdana di Masjid Shah Alam. Kami akan bersama KT 76 daripada KLIA terus ke Jeddah dan akan terus masuk Ke Mekah mukarramah dengan haji tamatuk.

Maka kami dari Malaysia memakai pakaian ihram dan dalam masa 12 jam perjalanan kami sampai di Jeddah berehat sebentar untuk ke Mekah. Pada pukul 12.30 tengah hari azan zohor berkumdang dan selepas solat kami terus bergerak ke Mekah.