Powered By Blogger

Wednesday, July 13, 2011

Kecantikan diri dan berhias

Suami insan makhluk Allah yang suka akan kecantikan terutama kepada wanita yang dipilih sebagai isteri. Pada pendapat umum semua lelaki akan memilih wanita yang cantik sebagai calon isteri , begitu juga wanita, sentiasa mencari lelaki tampan untuk dijadikan teman hidup. Apakah betul penyataan ini. realitinya kalau diamati dan sekiranya kita perhatikan di sekeliling kita apakah perkara sedemikian benar-benar terjadi.

Kecantikan itu sebenarnya terlalu subjektif, terdapat banyak wanita cantik menjadi andartu, terdapat wanita cantik menjadi janda akibat perceraian, terdapat wanita cantik digantung tak bertali oleh suami dan terdapat wanita cantik diduakan oleh suaminya.

Bersyukurkah kepada Allah rumah tangga kita kekal dan aman bahagia. Walaupun wajah tidak seayu dan secantik artis atau model dan suami tidak setampan Sharukh Khan atau Brait Pitt. Apa yang diperkatakan tentang cantik itu subjektif harus difahami. Tidak semua suami melihat kecantikan itu pada wajah yang disolek dengan kosmetik mahal atau berkerjaya tinggi tetapi mereka banyak melihat daripada keikhlasan seorang wanita apabila menjadi isterinya.

Perkara yang penting dalam hidup berumah tangga ialah sedia menerima suami seadanya. Redha dengan apa yang ada pada suami, tidak meminta-minta berlebih-lebihan apatah lagi membuat banding beza dengan suami jiran atau suami rakan-rakan. Selain tidak menjatuhkan air mukanya di depan keluarga mahupun teman-teman.

Pengalaman 28 tahun berumahtangga memberi banyak pengalaman tentang keinginan seorang lelaki. Walaupun wajah tak jelita tetapi wajah yang Allah kurniakan mesti dijaga agar senang mata suami memandang. Penjagaan wajah (muka) tidak semestinya dengan mendesak suami membeli barangan kosmetik yang berjenama tetapi cukup dengan bahan yang ada di dapur dan di sekeliling laman rumah. Antaranya telur ayam dan limau nipis/kesturi yang dibancuh dan dioles ke wajah sebagai skrap.

Selain cara di atas untuk menegangkan wajah muka, nenek selalu berpesan bangun seawal pagi sebelum subuh. Mandi dengan air sejuk untuk menyegarkan badan dan akan menjauhkan penyakit kulit. Sebelum menggosok gigi, minumlah segelas air untuk melawaskan perut dan sekali lagi menyegarkan wajah muka.

Kalau rajin, rendam beras untuk beberapa bulan tetapi airnya diganti sekurang-kurangnya seminggu sekali selama tidak kurang 3 bulan ( sehingga beras betul-betul hancur). Beras hancur inilah akhirnya menjadi bedak sejuk dan ditepuk-tepukkan ke muka sama ada waktu pagi atau pada waktu malam sebelum tidur. Amalan memakai bedak ini menjadikan kulit muka menjadi halus dan mulus dan insyaAllah muka tidak akan ditumbuhi jerawat.

Sebenarnya terlalu banyak kaedah boleh dilakukan untuk mencantikkan wajah dengan cara yang murah dan mudah. Apapun pesanan orang tua dan daripada saya sendiri, berhiaslah untuk suami. Kegemaran seorang wanita untuk berhias diri itu sepatutnya untuk suami. Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami. Tujuan berhias ketika di rumah agar suami berasa terhibur. Berhias cantik dan berpakaian bersih ketika menyambut suami pulang akan menjadi penawar bagi suami.

Bagaimana pula dengan isteri yang bekerjaya, kesibukan bekerja dengan beban kerja yang banyak dan kadangkala balik lewat daripada suami... bagimana kaedah terbaik untuk melayan suami apabila keadaan isteri sebegini..... kita akan cari jawapannya bersama. Silalah komen.


No comments:

Post a Comment